W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Google Map
  • QR Code
Selamat Datang, [#Name]
Header3

PERBINCANGAN KEDUA-DUA PIHAK BERJAYA SELESAIKAN KES

PERBINCANGAN KEDUA-DUA PIHAK BERJAYA SELESAIKAN KES

20 November 2023 (Bandar Baharu Kedah) – Mahkamah Rendah Syariah Bandar
Baru Kedah telah menyelesaikan kes Saman Penghutang Penghakiman (SPP)
melibatkan tunggakan perintah nafkah anak berjumlah RM1,800.00, perbelanjaan
perayaan anak berjumlah RM300.00 dan mut'ah berjumlah RM1,600.00.
Keseluruhan tunggakan tiga perkara tersebut ialah RM3,700.00.
Perbincangan antara Pemiutang Penghakiman dan Penghutang Penghakiman di
perkarangan Mahkamah telah berjaya mencapai persetujuan bersama. Penghutang
Penghakiman bersetuju jumlah tunggakan tiga (3) perkara tersebut sebanyak
RM3,700.00.
Bayaran hendaklah dibuat secara ansuran sebanyak RM200.00 sebulan mulai
November 2023 pada atau sebelum 28 haribulan setiap bulan dengan cara
memasukkannya terus ke dalam akaun Maybank Pemiutang Penghakiman hingga
selesai tanpa gagal. Dalam masa yang sama, Penghutang Penghakiman hendaklah
melaksanakan perintah semasa nafkah anak berjumlah RM300.00 sebulan dan
ansuran mut'ah berjumlah RM2,400.
Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan Penghutang Penghakiman untuk
melaksanakan persetujuan yang telah diberikan.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Hakcipta © 2022, Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Khamis, 7 Disember 2023
Ezyweb Content Management System
X