TUNTUTAN TUNGGAKAN NAFKAH BERJUMLAH RM53,600.00 SELESAI DENGAN PERSETUJUAN BERSAMA
1 NOVEMBER 2023 (Kubang Pasu) - Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu Kedah telah menyelesaikan kes Saman Penghutang Penghakiman terhadap tunggakan Nafkah eddah, Mutaah dan nafkah anak berjumlah RM58,600.00. Pemiutang Penghakiman diwakil Peguam BSK dan Penghutang Penghakiman hadir bersendirian. Bagi tunggakan nafkah eddah dan Mutaah berjumlah RM5,000.00, Penghutang Penghakiman telah membuat bayaran sebelum mahkamah bersidang. Manakala tunggakan nafkah anak sebanyak RM53,600.00, telah mencapai persetujuan bersama iaitu Penghutang Penghakiman perlu membuat bayaran minimum RM500.00 sebulan dan bayaran kesemua tunggakan tersebut dalam tempoh 36 bulan sahaja.
Bayaran setiap 12 bulan hendaklah mencukupi RM10,000.00 dan bayaran bulan ke 24 hendaklah mencukupi RM20,000.00. Bagi bulan ke 36 bayaran hendaklah mencukupi sebanyak RM53,600.00. Penghutang Penghakiman hendaklah membuat bayaran bermula September 2023 pada atau sebelum 28 haribulan pada setiap bulan ke akaun Maybank Pemiutang Penghakiman.
Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan Penghutang Penghakiman untuk melaksanakan persetujuan yang telah diberikan.