AUDIT PEMATUHAN MS ISO 9001:2015 SIRIM TAHUN 2023
Audit Pematuhan MS ISO 9001:2015 SIRIM Tahun 2023 telah berlangsung pada 23 Oktober 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Kulim. Audit yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan lagi pematuhan yang sedia ada mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pada masa yang sama dapat menambahbaik sistem kerja mengikut peraturan kualiti yang terancang seterusnya menghasilkan proses-proses dokumentasi terbaik, produk serta perkhidmatan yang konsisten kualitinya.
Tahniah dan terima kasih kepada semua penglibatan kakitangan yang telah memberi kerjasama sepanjang audit ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih turut diberikan kepada pasukan juruaudit SIRIM di atas teguran dan cadangan yang diberikan untuk penambahbaikan Audit Pematuhan MS ISO 9001:2015 di Mahkamah Rendah Syariah Kulim.