MAJLIS PERPISAHAN PUAN NOR AZLIYANA PEMBANTU AKAUANTAN JKSNK

Pada 15 Februari 2025 (Ahad), telah berlangsung satu Majlis Perpisahan bagi meraikan Puan Nor Azliyana Yaakob, Pembantu Akauntan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK), bertempat di Ruang Pentadbiran JKSNK.
Puan Nor Azliyana telah berkhidmat hampir 10 tahun di Bahagian Pengurusan Pentadbiran JKSNK. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Sumbangan beliau bukan sahaja membantu melancarkan urusan kewangan dan pentadbiran jabatan, malah turut memberi impak positif kepada rakan sekerja serta organisasi secara keseluruhannya.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti, jasa serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di JKSNK. Suasana majlis yang sederhana namun penuh bermakna jelas menggambarkan penghargaan dan kenangan manis yang terjalin bersama warga jabatan.
Semoga Puan Nor Azliyana Yaakob terus maju jaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan.
.png)



Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman