MAJLIS SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN EN SALMI BIN SALLEH

MAJLIS SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN
EN. SALMI BIN SALLEH
Pada 16 Februari 2026 (Isnin) telah berlangsung Majlis Sanjungan Budi sempena persaraan En. Salmi bin Salleh bertempat di Ruang Legar OSC, bermula pada jam 12.30 tengah hari.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas segala jasa, komitmen serta sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan. Sepanjang berkhidmat, En. Salmi bin Salleh telah menunjukkan dedikasi yang tinggi, profesionalisme serta semangat kerjasama yang cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sumbangan dan pengalaman beliau telah banyak membantu memperkukuh perjalanan organisasi serta menjadi inspirasi kepada rakan sekerja. Kehilangan seorang pegawai yang berpengalaman sememangnya amat dirasai, namun jasa dan bakti beliau akan terus dikenang.
Seluruh warga jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan. Semoga En. Salmi bin Salleh dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta kebahagiaan dalam menempuh fasa baharu kehidupan selepas persaraan.
"BUDI DIKENANG, JASA DISANJUNG"
.png)



Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman