W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Google Map
  • QR Code
Selamat Datang, [#Name]
Header3

MESYUARAT KEMAJUAN PORTAL RASMI JKSNK




MESYUARAT KEMAJUAN PORTAL RASMI JNSNK

Satu Mesyuarat Kemajuan Portal Rasmi JNSK telah diadakan pada 3 Februari 2026 (Selasa) jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YAA Dato’ Haji Abd Rahman bin Haji Abdullah, Tuan Amirudin Putera (Ketua Pendaftar), Pegawai Teknologi Maklumat Puan Raudhoh, wakil Unit ICT serta Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pentadbiran iaitu Encik Farid. Turut hadir ialah pihak BTMK yang terdiri daripada pegawai ICT serta Pengarah Puan Balkis dan Penolong Pengarah Puan Rokiah.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa Portal Rasmi JNSNK, termasuk aspek pengemaskinian kandungan, penambahbaikan paparan serta penyelarasan maklumat agar penyampaian informasi kepada pengguna menjadi lebih sistematik, tepat dan berkesan. Mesyuarat turut meneliti cadangan penambahbaikan dari segi pengurusan berita dan hebahan aktiviti jabatan bagi memperkukuhkan portal sebagai medium komunikasi rasmi jabatan kepada masyarakat.
Selain itu, mesyuarat turut meneliti cadangan penambahbaikan dari aspek reka bentuk, struktur paparan, kemudahan capaian serta pengurusan berita dan hebahan aktiviti jabatan. Diharapkan melalui mesyuarat ini, Portal Rasmi JNSNK dapat terus diperkasakan sebagai medium komunikasi utama jabatan kepada masyarakat.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Hakcipta © 2022, Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Isnin, 9 Mac 2026
Ezyweb Content Management System
X