MESYUARAT PENGURUSAN BAHAGIAN LATIHAN BIL 1 TAHUN 2026

Mesyuarat Pengurusan Bahagian Latihan telah diadakan pada 19 Januari 2026, jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAA Dato’ Haji Abd Rahman bin Haji Abdullah dan dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa Unit Latihan, iaitu Pn. Norlida binti Zakaria (Hakim MRS Pendang), Tuan Muhammad Faizal bin Mohd Mahayadin (Hakim MRS Pokok Sena), Pn. Azniza binti Abd Aziz, Tuan Muhammad Al Amin bin Hamzah, En. Mohamad Pakrol Razi bin Hussin, En. Mohamad Farid bin Mohamad Baharin, Pn. Halimah binti Ismail, Pn. Zarita binti Halim, Pn. Noor Shareeza binti Che Man, En. Ahmad Jihadi bin Zainol, Pn. Siti Fatimah binti Musa, Pn. Norliza binti Yusuf, En. Muhammad Fitri bin Che Pi, Pn. Nurul Aina Zulaikha binti Mohd Razali serta En. Mohd Hamdee bin Hamdan.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan, pelaksanaan dan penambahbaikan program latihan, di samping menilai keberkesanan latihan yang telah dilaksanakan bagi memastikan pembangunan kompetensi warga kerja sentiasa diperkasa. Dalam amanatnya, YAA Dato’ menegaskan agar seluruh Ahli Jawatankuasa Unit Latihan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen, integriti serta profesionalisme, di samping sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menaikkan nama Unit Latihan sebagai sebuah unit yang cemerlang, berdaya saing dan dihormati.
.png)



Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman