TAJUK : PENYELESAIAN KES TUNGGAKAN NAFKAH ANAK MELALUI RUNDINGCARA PADA 8 NOVEMBER 2023
TAJUK : PENYELESAIAN KES TUNGGAKAN NAFKAH ANAK MELALUI RUNDINGCARA
8.11.2023 – (ALOR SETAR) BSK Seksyen Negeri Kedah telah berjaya merekodkan penyelesaian kes tunggakan Nafkah Anak melalui sesi runding cara berjumlah RM16,900.00 sejak Mac 2020 hingga Ogos 2023. Dalam sesi runding cara, Penghutang Penghakiman telah bersetuju untuk menjelaskan tunggakan secara ansuran sebanyak RM800.00 sebulan mulai bulan November 2023 hingga selesai tunggakan dengan dimasukkan ke akaun Pemiutang Penghakiman selain perintah semasa RM800.00 sebulan akan diteruskan pembayaran seperti biasa.