W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Google Map
  • QR Code
Selamat Datang, [#Name]
Header3

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA AWAL RAMADAN DI DEWAN 1, MRS KOTA SETAR






MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA AWAL RAMADAN

Majlis Bacaan Yasin Sempena Awal Ramadan telah diadakan pada 22 Januari 2026 (Khamis) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan 1, Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Kota Setar. Majlis ini telah dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Syukri, Hakim MRS Kota Setar, manakala bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Badri, Ketua Unit Rekod.

Majlis ini turut dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) dalam suasana penuh khusyuk dan sederhana, bertepatan dengan keberkatan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.

Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT, memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga JKSNK, serta menyemai penghayatan nilai kerohanian sebagai persediaan menyambut dan menghayati ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Hakcipta © 2022, Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 10 Februari 2026
Ezyweb Content Management System
X