MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT JKSNK

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah diadakan pada 15 Januari 2026 (Khamis) bertempat di Aras 2, Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK).
Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin yang dipimpin oleh Tuan Ketua Pendaftar, Tuan Amiruddin Putera, diikuti dengan Bacaan Doa Selamat oleh Tuan Hafiz Helmi.
Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan Bahagian Khidmat Sokongan, Unit ICT, Unit Penyelidikan dan Unit Rekod.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon keberkatan, kesejahteraan serta perlindungan daripada Allah SWT dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab perkhidmatan. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk memupuk nilai kerohanian, mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja JKSNK.
.png)



Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman