W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Google Map
  • QR Code
Selamat Datang, [#Name]
Header3

PERBINCANGAN JKSNK BERSAMA PIHAK TM





PERBINCANGAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH BERSAMA PIHAK TM

Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) dan pihak Telekom Malaysia (TM) berhubung cadangan pemasangan talian telefon menggunakan teknologi fiber di JKSNK pada 3 Februari 2026 (Selasa) jam 10.30 pagi.

Perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkaitan kaedah pemasangan, keperluan teknikal serta perancangan pelaksanaan penggunaan talian telefon berasaskan fiber bagi meningkatkan kualiti dan kestabilan sistem komunikasi di JKSNK.

Dalam sesi yang sama, pihak TM turut mengadakan lawatan tapak ke bilik talian telefon bagi menilai keadaan sedia ada serta mengenal pasti aspek teknikal yang perlu diberi perhatian sebelum proses pemasangan dilaksanakan. Pihak TM juga telah menghuraikan secara terperinci mengenai konsep, spesifikasi dan kelebihan pemasangan talian menggunakan fiber, termasuk aspek keselamatan dan penyelenggaraan.

Perbincangan ini diharap dapat membantu JKSNK dalam membuat perancangan yang lebih tersusun serta memastikan pelaksanaan pemasangan talian telefon menggunakan fiber dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Hakcipta © 2022, Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Selasa, 10 Februari 2026
Ezyweb Content Management System
X