LAWATAN DARI PELAJAR SMK CONVENT KULIM KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KULIM
Pada 17 September 2023 Mahkamah Rendah Syariah Kulim telah menerima lawatan dari SMK St Anne's Convent Kulim. Seramai 24 orang pelajar tingkatan 5 dan 2 orang guru pengiring mengikuti lawatan ini.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk:
- Memberi pendedahan awal kepada murid terhadap proses dan prosedur penghakiman yang dijalankan di mahkamah syariah.
- Mengukuhkan kefahaman murid berkenaan peranan dan fungsi mahkamah syariah bertepatan dengan silibus mata pelajaran Tasawwur Islam tingkatan 5
- Mendapat gambaran yang lebih jelas tentang fungsi dan bidang tugas mahkamah syariah di Malaysia
Semoga dengan lawatan ini memberi pengetahuan yang jelas kepada para pelajar dan mencapai objektif tersebut.