Kes rayuan ialah kes yang dibuat rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah atau dari Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rayuan Syariah. Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah ialah keputusan yang muktamad dan tidak boleh dirayu lagi.
Rayuan kes boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari keputusan dibuat. Walaupun begitu bagi kes-kes yang melebihi tempoh rayuan, permohonan kebenaran untuk melanjutkan masa rayuan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah dengan alasan-alasan yang munasabah. Kes-kes yang keputusan dibuat berdasarkan persetujuan pihak-pihak tidak boleh dibuat rayuan.
Perbicaraan kes rayuan pada lazimnya tidak mendengar keterangan saksi dan persoalan fakta, tetapi mengenai persoalan undang-undang sahaja.
Pendaftaran Rayuan Kes Mal
Berikut adalah prosedur pendaftaran kes rayuan mal di Mahkamah Tinggi Syariah dan di Mahkamah Rayuan Syariah.
Pendaftaran Rayuan Kes Jenayah
Jika petisyen rayuan tidak dimasukkan dalam tempoh yang ditetapkan, rayuan itu disifatkan telah ditarik balik dan rayuan ditolak, kecuali dengan kebenaran khas untuk merayu. (Rujukan Seksyen 140 (9) dan 142 Enakmen Acara Jenayah Syariah (Kedah) 1988
Jika pihak merayu berada di dalam penjara, petisyen rayuan yang diberi secara lisan/tulisan kepada Pegawai Penguasa Penjara boleh diterima dan Pegawai Penguasa Penjara hendaklah dengan segera menyampaikan notis itu maksudnya kepada Mahkamah yang membuat keputusan. (Rujuk Seksyen 140 (7) (a) (b) Enakmen Acara Jenayah Syariah (Kedah) 1988.
Tarikh bicara akan diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas kes rayuan didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah atau di Mahkamah Rayuan Syariah.
Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m
Khamis
8.00a.m-3.30p.m
Rehat
1.00p.m-2.00p.m