 | Y.A.A DATO' SYEIKH ABD. RAHMAN BIN HJ. ABDULLAH D.P.M.K, A.M.K., B.C.K. Telefon : 047001985 Fax : 047001579 Email : abdrahman@esyariah.gov.my |
Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah dilahirkan pada 11.3.1967 di Hutan Kampong, Alor Setar Kedah dan merupakan anak ke-3 daripada 8 orang adik beradik hasil perkongsian hidup antara Haji Abdullah Bin Haji Zainal Ahidin dan Hajah Om Binti Haji Abdullah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar daripada tahun 1 980 sehingga 1983. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan Sijil Rendah Peperiksaan (SRL') beliau telah berjaya menempatkan diri di Kolej lslam Kelang dan kemudiannya beliau menyambung pengajian beliau di peringkat ijazah di Universiti Kebangsàan Malaysia (UKM) daripada tahun 1988 sehingga 1992 dan berkat kegigihan beliau akhirhya beliau berjaya menggengam segulung ijazah Sarjana Muda Pengajian lslam ( Kepujian). Lantaran daripada minat beliau di dalam bidang kehakiman syariah, maka pada tahun 1992, beliau menyambung pengajian belìau di peringkat diploma Undang-undang dan pentadbiran Kehakiman lslam di Universiti lslam Antarabangsa selama 2 tahun daripada tahun 1992 sehingga 1994. Manakala pada tahun 2010, beliau telah berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana di Universiti lslam Antarabangsa dan memperoleh Ijazah Sarjana Perundangan lslam.
Syeikh Abd Rahman Hj Abdullah memulakan karier beliau sebagai Hakim Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada tahun 1994 sehingga 1998. Atas dasar beliau ingin mencurahkan jasa bakti kapada tanah tumpah kelahiran beliau, maka pada tahun 1998 beliau telah kembali ke negeri bertuah Kedah Darul Aman dan menyertai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan seterusnya ditugaskan sebagai Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Baling / Sik daripada tahun 1998 sehingga 2001 dan pada masa yang sama membantu Mahkamah Rendah Syariah Kulim/Bandar Baharu. Di atas kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, maka pada tahun 2001 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 2010 dan kini beliau menjawat jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkuatkuasa daripada 19.12.2010.
Di sebalik kesibukan beliau di dalam menjalankan tugas, bapa kepada 3 putera dan seorang puteri ini masih dapat meluangkan masa menjadi pensyarah sambilan di Universiti Kolej Insaniah daripada tahun 2003 sehingga 2009 khusus berkaitan dengan enakmen keluarga lslam. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di negeri Kedah, beliau telah di kurniakan pingat Bintang Cemerlang Kedah (BCK) pada 8 Januari 2004 oleh Ke bawah Duli Yang Marta Mulia Sultan Abdul Halim Mu' adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena hari keputeraan tuanku yang ke 76 tahun.