W3C
Font Size
language
  • Facebook
  • Google Map
  • QR Code
Selamat Datang, [#Name]
Header3

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)

Bahagian ini terletak di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

Objektif bahagian ini:-

  • Menguatkuasakan semua perintah nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah;
  • Memastikan tiada isteri dan atau anak yang menghadapi masalah tuntutan nafkah;
  • Memastikan perintah Mahkamah Syariah dihormati dan dilaksanakan;
  • Memberi nasihat perundangan syariah kepada pihak-pihak dalam sesuatu prosiding berhubung dengan hal kekeluargaan dari aspek tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah selepas suatu penghakiman atau perintah dibuat oleh Mahkamah Syariah;

Fungsi bahagian ini :-

  • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;
  • Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
  • Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;
  • Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
  • Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;
  • Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Copyright © 2022, Information Technology Unit, Kedah Syariah Judiciary Department
Google translator used for language other than English and Malay.
Best viewed using Internet Explorer 9.0 or above with 1024 x 768

Last Updated: Monday, 15 April 2024
Ezyweb Content Management System
X