Bahagian Pengurusan Kehakiman
Bahagian ini terletak di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran jabatan ini.
Objektif bahagian ini :-
- Memberi khidmat sokongan yang berkesan kepada bahagian-bahagian lain untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
- Melahirkan sistem pengurusan pentadbiran dan kewangan yang bersih, cekap dan produktif.
- Melahirkan kepimpinan pengurusan yang bersesuaian mengikut kehendak Islam.
Fungsi bahagian ini :-
- Pengurusan dan penyelarasan perjalanan pentadbiran am pejabat seperti penggunaan ruang pejabat, pengurusan fail, surat menyurat, pengangkutan, setor dan kenderaan.
- Pengurusan kewangan dan akaun seperti penyediaan anggaran bajet tahunan, gaji, elaun-elaun, pembelian barang- barang dan perkhidmatan, dan tuntutan-tuntutan pembayaran.
- Pengurusan sumber tenaga manusia termasuk mengenai perjawatan, perkhidmatan personal, latihan dan kursus, disiplin dan tatatertib.