Mahkamah Syariah Rendah Kuala Muda
Bahagian ini terletak di Bandar Sungai Petani dalam daerah Kuala Muda. Mahkamah Rendah ini terletak di bawah kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran kehakiman syariah di daerah Kuala Muda
OBJEKTIF
“Menyedia dan melaksanakan pengurusan pengadilan kes-kes Syariah berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang dengan cekap dan berkesan”.
FUNGSI
Fungsi MRS Kuala Muda iaitu:-
Menguruskan permohonan pendaftaran dan perbicaraan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah seperti kes Mal, Jenayah dan Faraid di dalam kawasan Daerah Kuala Muda sahaja.
Menguruskan Perintah-perintah mahkamah.
Menguruskan pengeluaran sijil perakuan Faraid.