Mahkamah Rendah Syariah Pendang
Bahagian ini terletak di Pendang dalam daerah Pendang. Mahkamah Rendah ini terletak di bawah kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran kehakiman syariah di daerah Pendang.
OBJEKTIF
“Menyedia dan melaksanakan pengurusan pengadilan kes-kes Syariah berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang dengan cekap dan berkesan”.
FUNGSI
Fungsi MRS Pendang iaitu:-
Menguruskan permohonan pendaftaran dan perbicaraan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah seperti kes Mal, Jenayah dan Faraid di dalam kawasan Daerah Pendang sahaja.
Menguruskan Perintah-perintah mahkamah.
Menguruskan pengeluaran sijil perakuan Faraid.