Pengenalan BSK
Isu Mahkamah Syariah dan orang Islam bukan satu perkara baru. Dari isu kes-kes kekeluargaan tertangguh dan kelewatan mahkamah menyelesai kes perceraian sehinggalah kepada kes tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak, sehinggalah kepada hal poligami, mutaah dan harta sepencarian, semua isu ini menjadi tajuk menarik akhbar dan penulisan.
Dari pelbagai kritikan dan pandangan ini Mahkamah Syariah amnya dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia khasnya telah berusaha mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu ini. Isu perintah nafkah dari Mahkamah Syariah yang tidak terlaksana atau tidak dihormati telah menarik perhatian pemimpin negara.
Dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke 47 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 7 Jun 2007, Perdana Menteri memutuskan supaya JKSM mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu nafkah isteri dan anak. Berasaskan kepada keputusan tersebut, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai salah satu Bahagian di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Penubuhan dan Pelancaran BSK JKSM
BSK JKSM ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2008 oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM, Aras 3, Blok D7, Putrajaya. Dalam majlis pelancarannya, BSK telah menerima penyumbang dana kewangan yang pertama sebanyak RM 500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Matlamat BSK :
Fungsi BSK :
Objektif BSK :
Visi
"Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pengwujudan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif"
Misi
"BSK komited untuk bertindak sebagai agensi utama dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang rakyatnya mengutamakan sistem kekeluargaan berlandaskan ajaran Islam, berperibadi mulia hasil daripada keluarga yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni"
Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m
Khamis
8.00a.m-3.30p.m
Rehat
1.00p.m-2.00p.m