PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2022
ANALISIS
Berdasarkan data, pada 2022 hanya lima (5) objektif kualiti yang berjaya dicapai seperti berikut:-
Menetapkan tarikh sebutan kepada pelanggan pada hari pendaftaran kes;
Menyelesaikan sekurang-kurangnya 80% kes mal tertangguh yang dibawa ke 2022;
Menyelesaikan sekurang-kurangnya 90% kes jenayah tertangguh yang dibawa ke 2022;
Menyelesaikan sekurang-kurangnya 95% kes faraid tertangguh yang dibawa ke 2022; dan
Menyelesaikan sekurang-kurangnya 90% kes permohonan perceraian, tuntutan pengesahan lafaz cerai dan tebus talak
yang didaftarkan dalam 2022.
yang didaftarkan dalam 2022.
Analisis mendapati bagi kes tuntutan fasakh, cerai taklik dan nafkah, peratusan penyelesaian agak rendah kerana kes ini melibatkan perbicaraan yang panjang. Oleh itu, adalah menjadi keperluan untuk JKSNK mengkaji kaedah terbaik bagi mempercepatkan penyelesaian kes ini. Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipertimbangkan seperti berikut::-
Memberi keutamaan penyelesaian kes yang didaftar bagi tahun 2021 ke bawah supaya dapat diselesaikan sebelum bulan
Disember 2023;
Disember 2023;
Penangguhan singkat antara suatu sebutan/bicara ke suatu sebutan/bicara lain bagi kes melibatkan fasakh, cerai taklik
dan nafkah; dan
dan nafkah; dan
Keterangan secara bertulis bagi mempercepatkan perbicaraan.
Disamping itu, bagi mempercepatkan penyediaan Nota Keterangan, adalah dicadangkan penggunaan sistem MyVT2 atau e-bicara
diutamakan.
diutamakan.