Prosedur Sulh
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
- Enakmen Tatacara Mal
TUNTUTAN & PERMOHONAN BOLEH MELALUI PROSES SULH
a) Tuntutan kerana melanggar janji untuk berkahwin / bertunang
b) Tuntutan-tuntutan berbangkit dari suatu penceraian seperti :
- Mutaah
- Nafkah Iddah
- Harta Sepencarian
- Hutang Maskahwin
- Hal-hal lain yang difikiran munasabah
c) Tuntutan Hak Jagaan Anak (Hadanah) dengan melihat kepentingan anak-anak tersebut dalam tempoh perkahwinan mahupun selepas penceraian.
d) Tuntutan Nafkah Anak
e) Permohonan Perlaksanaan Perintah Mahkamah.
KELEBIHAN-KELEBIHAN SULH
- Dapat menjimatkan kos dan masa pihak-pihak
- Perundingan adalah bersifat terpimpin bukannya dominasi sebelah pihak
- Perundingan melihat kepentingan masa akan datang pihak-pihak bukannya mengungkit dan menyalahkan pihak lain.
- Penyelesaikan secara terbuka dan sukarela (keredaan) bukannya melepaskan dendam.
SULH, PERUNDINGAN BIASA, HAKAM DAN TIMBANGTARA / PERBICARAAN
A. SULH
- Mudah diadakan
- Sukarela ( bebas mengambil bahagian & bebas tidak membuat keputusan)
- Rahsia ( antara pihak-pihak dan pegawai Sulh sahaja)
- Mempermudah ( pegawai Sulh hanya membantu dan memandu perundingan tetapi pihak - pihak yang membuat keputusan)
B. PERUNDINGAN (BIASA)
- Pihak - pihak tidak sama kuat dan biasanya terputus-putus.
- Tiada pihak yang memandu dan mengatur / mengurus perundingan
- Terdedah kepada banyak faktor luar.
C. HAKAM
- Pihak -pihak menyerahkan kepada (hakam) untuk membuat keputusan bagi pihak mereka.
D. TIMBANGTARA DAN PERMUSUHAN
- Bersifat bermusuhan (keterangan yang diberi untuk menegakkan hak masing-masing saja)
- Keputusan penimbangtara / hakim
- Fokus masa lampau - apa yang telah berlaku
- Proses formal - apa prosedur khas
- Penyertaan pihak adalah terhad sesuai prosedur yang ada