
Pada 26/07/2016, wakil Mahkamah Rendah Syariah Langkawi yang diketuai oleh Hakim Syarie, Tuan Syeikh Ahmad Sukri Bin Che Din bersama Penolong Pendaftar Muhammad Afif Bin Osman, Pembantu Pendaftar Mohd Noor Bin Kassim dan Pembantu Tadbir Kewangan Izzudin Bin Abd Satar telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas
Tuan Supt Dr Che Ghazali Bin Che Awang, Ketua Polis Daerah Langkawi.
Kunjungan hormat ini diadakan untuk mengeratkan kerjasama antara Mahkamah Rendah Syariah Langkawi dengan pihak Polis Diraja Malaysia Langkawi.