Mahkamah Syariah Rendah Sik
Bahagian ini terletak di Sik dalam daerah Sik. Mahkamah Rendah ini terletak di bawah kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran kehakiman syariah di daerah Sik.
OBJEKTIF
“Menyedia dan melaksanakan pengurusan pengadilan kes-kes Syariah berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang dengan cekap dan berkesan”.
FUNGSI
Fungsi MRS Sik iaitu:-
Menguruskan permohonan pendaftaran dan perbicaraan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah seperti kes Mal, Jenayah dan Faraid di dalam kawasan Daerah Sik sahaja.
Menguruskan Perintah-perintah mahkamah.
Menguruskan pengeluaran sijil perakuan Faraid.