Bahagian ini terletak di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Objektif Bahagian Ini:-
Menjadikan sumber rujukan utama bagi maklumat JKSNK;
Merekabentuk sistem aplikasi yang dapat membantu pihak pengurusan membuat keputusan dengan tepat dan berkesan;
Menyediakan infrastruktur ICT mengikut keperluan dan perkembangan semasa;
Menjadi perintis dan model utama dalam penggunaan teknologi maklumat terkini dan menepati ciri-ciri piawaian antarabangsa;
Membentuk personel IT yang mahir dan berdaya saing.
Fungsi Bahagian Ini:-
Merancang pelan pengkomputeran JKSNK.
Merancang, membangun, melaksana dan menyenggara sistem-sistem aplikasi JKSNK.
Mengurus prasarana ICT JKSNK.
Mengurus maklumat pangkalan data JKSNK.
Mengurus pelaksanaan pembudayaan ICT JKSNK.
Mendedahkan JKSNK kepada teknologi terbaru ICT