Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:
1. Kes Tuntutan; dan
2. Kes Permohonan
Kes Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan saman berserta penyata tuntutan.
Kes Permohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan notis permohonanberserta afidavit sokongan.
Syarat-Syarat Pelanggan Boleh Mendaftarkan Kes
Mengikut Seksyen 3(1) Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979 seseorang itu boleh mendaftarkan kesnya di Mahkamah Syariah jika beliau adalah seorang Islam yang menjadi pemastautin atau pemukim di Negeri Kedah Darul Aman. Bukti pemastautin/pemukim hendaklah dikemukakan semasa pendaftaran kes. Bukti pemastautin/pemukim adalah seperti berikut :
Pendaftaran Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Dan Di Mahkamah Rendah Syariah
Kes-kes yang boleh didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah ialah:
1. Tuntutan harta sepencarian.
2. Tuntutan hadhanah (hak penjagaan anak)
3. Tuntutan mal yang nilainya melebihi RM50 ribu
4. Permohonan semakan kes dari Mahkamah Rendah Syariah.
Kes-kes yang boleh didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah ialah:
1. Tuntutan pembubaran perkahwinan (penceraian).
2. Tuntutan nafkah anak.
3. Tuntutan Fasakh.
4. Tuntutan mal yang nilainya kurang dari RM50 ribu.
A. Pendaftaran Kes Tuntutan
- Borang Tajuk Am.
- Borang Saman yang lengkap diisi. *
- Penyata Tuntutan yang menyatakan mengenai tuntutan kes.
- Ikatan dokumen yang disahkan (jika perlu)
- Wang pendaftaran secukupnya.
- Wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie.
*Saman Untuk Pihak Kena Tuntut Hendaklah Disertakan Satu Lagi Salinan Saman Tanpa Penyata Tuntutan Bagi Ditandatangan Bukti Penerimaan
5. Kes-kes tuntutan antaranya adalah seperti berikut:
B. Pendaftaran Kes Permohonan
- Borang Tajuk Am.
- Borang Permohonan yang lengkap diisi. *
- Afidavit Sokongan yang ditandatangani dihadapan Pendaftar/Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah.
- Eksibit-eksibit (jika perlu) ***
- Wang pendaftaran secukupnya.
- Surat rujukan daripada Pendaftar Nikah Daerah kepada Hakim Syarie mengenai permohonan nikah bawah umur, nikah wali sultan dan pengesahan janda yang tidak disetubuhi (janda berhias).
- Wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie.
* Borang Permohonan Untuk Pihak Menentang Hendaklah Disertakan Satu Lagi Salinan Borang Permohonan Tanpa Afidavit Sokongan Bagi Ditandatangan Bukti Penerimaan
6. Kes-kes permohonan antaranya adalah seperti berikut:
** Bagi Permohonan berpoligami di bawah Seksyen 17 Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979 hendaklah disertakan dengan perkara-perkara berikut :
*** Eksibit-eksibit hendaklah diikrarkan dihadapan Pendaftar/Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah.
Bagi kes-kes yang Pihak Kena Tuntut / Pihak Menentang berada di luar Negeri Kedah Darul Aman pihak penuntut/pemohon hendaklah memfailkan Permohonan Penyampaian Diluar Bidangkuasa. Pendaftaran Permohonan ini mengandungi perkara-perkara berikut :
Selepas semua dokumen sempurna dan bayaran pendaftaran kes dibuat, pihak penuntut/pemohon akan diberikan tarikh sebutan kes kali pertama dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pendaftaran.
NOTA: PENDAFTARAN KES BOLEH DIBUAT SENDIRI OLEH PEMOHON/PIHAK PENUNTUT ATAU MELALUI KHIDMAT PEGUAM SYARIE BAGI YANG BERKEMAMPUAN ATAU MELALUI KHIDMAT PEGUAM DARI BIRO BANTUAN GUAMAN BAGI YANG KURANG BERKEMAMPUAN.
Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m
Khamis
8.00a.m-3.30p.m
Rehat
1.00p.m-2.00p.m