1. Untuk mengumpul semua pegawai dan kakitangan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan menanamkan ikatan persaudaraan serta hubungan yang mesra di kalangan mereka.
2. Untuk menjaga kebajikan dan faedah ahli serta memeliharanya.
3. Untuk memperkenalkan dan mengadakan samada secara sendiri, bersama dengan mana-mana Persatuan / Pertubuhan, Kelab berdaftar atau orang-orang, pertandingan yang berbentuk sukan dan aktiviti dan perlawanan dan menawar, memberi atau menyumbang hadiah, medal-medal dan anugerah dan untuk memperkenalkan, mengadakan atau menganjur makan malam dan seumpamanya.
4. Memenuhi, menyumbang, menaja, membantu, menolong dengan apa cara menganjur pendidikan ahli-ahli dan keluarga mereka yang memerlukan.
5. Untuk melabur dan berurusan dengan wang Badan yang tidak digunakan dalam masa yang singkat di atas dan dalam keadaan dari semasa ke semasa akan ditetapkan dan smua wang dan keuntungan yang didapati oleh Badan ini hasil penyertaan dalam mana-mana perniagaan dan pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Badan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Badan. Walaubagaimanapun, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli pekerja Badan ini.
6. Memenuhi dan menyumbang kepada badan-badan amal, agama dan lain-lain tujuan yang patut.
7. Melakukan semua perkara yang sah dan sempurna atau sesuai untuk mencapai tujuan-tujuan di atas.