Mahkamah Syariah Rendah Kota Setar
Bahagian ini terletak di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah Anak Bukit dalam daerah Kota Setar. Mahkamah Rendah ini terletak di bawah kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran kehakiman syariah di daerah Kota Setar.
OBJEKTIF
“Menyedia dan melaksanakan pengurusan pengadilan kes-kes Syariah berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang dengan cekap dan berkesan”.
FUNGSI
Fungsi MRS Kota Setar iaitu:-
Menguruskan permohonan pendaftaran dan perbicaraan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah seperti kes Mal, Jenayah dan Faraid di dalam kawasan Daerah Kota Setar sahaja.
Menguruskan Perintah-perintah mahkamah.
Menguruskan pengeluaran sijil perakuan Faraid.