Mahkamah Syariah Rendah Baling
Bahagian ini terletak di Baling dalam daerah Baling. Mahkamah Rendah ini terletak di bawah kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran kehakiman syariah di daerah Baling.
OBJEKTIF
“Menyedia dan melaksanakan pengurusan pengadilan kes-kes Syariah berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang dengan cekap dan berkesan”.
FUNGSI
Fungsi MRS Baling iaitu:-
Menguruskan permohonan pendaftaran dan perbicaraan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah seperti kes Mal, Jenayah dan Faraid di dalam kawasan Daerah Baling sahaja.
Menguruskan Perintah-perintah mahkamah.
Menguruskan pengeluaran sijil perakuan Faraid.