Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Asas perkhidmatan jabatan ini ialah memberi keadilan kepada pelanggan yang berteraskan kepada Hukum Syarak dan Undang-Undang.
Janji-janji jabatan ialah :-
- Menetapkan tarikh sebutan/bicara kepada pelanggan pada hari pendaftaran kes.
- Menyebut / membicarakan sesuatu kes Mal, Jenayah dan Faraid dalam masa 21 hari bekerja selepas didaftarkan.
- Mengeluarkan Perakuan Faraid dalam masa 7 hari selepas dibuat pembahagian hak waris.
- Menyebut / membicarakan dalam setahun sekurang-kurangnya 80% daripada kes Mal, Jenayah dan Faraid yang telah didaftarkan.
- Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan itu diterima.
- Mendengar rayuan kali pertama dalam masa 30 hari selepas rekod rayuan diterima daripada mahkamah yang keputusannya dirayu.
Prestasi Piagam Pelanggan
BILANGAN
PIAGAM PELANGGAN
PENCAPAIAN
1.
Pelanggan akan di beri tarikh sebutan, bicara pada hari yang sama sepelas permohonan sempurna di daftarkan;
100%
2.
Kes Mal dan Jenayah akan mula di sebut atau mula dibicara dalam tempoh 21 hari bekerja selepas di daftarkan;
99.98%
3.
Pengeluaran Perakuan Sijil Faraid dalam masa 7 hari selepas selesai dibuat siasatan ahli waris;
100%
4.
Menyebut dan membicarakan dalam setahun sekurang-kurangnya 80% daripada Kes Mal, Jenayah dan Faraid yang di daftarkan;
80%
5.
Siasatan dan tindakan yang sewajarnya di ambil ke atas setiap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh itu diterima;
100%
6.
Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan / pendengaran dalam tempoh 30 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima;
100%