W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Facebook
  • Google Map
  • QR Code
Selamat Datang, [#Name]
Header3

Unit SULH

DEFINISI SULH

Penyelesaian secara Sulh ini amat digalakkan sebagaimana Saidina Umar al-Khattab R.A. pernah berkata  :

 

yang bermaksud : “Suruhlah mereka yang bertelingkah supaya duduk semeja agar mereka berunding. Jika hakim memutuskannya, mereka akan saling benci-membenci.”

Dari segi bahasa Sulh bermaksud“Perdamaian”. Manakala secara teknikalnya Sulh adalah sesuatu perjanjian yang menamatkan sesuatu pertikaian.

Sulh merupakan proses penyelesaian secara perundingan di Mahkamah Syariah. Pihak- pihak yang bertikai terhadap satu atau beberapa tuntutan akan dipanggil dan dipertemukan di dalam perundingan terpimpin secara rasmi yang disebut sebagai Majlis Sulh.

Majlis Sulh ialah sesi perundingan terpimpin di antara dua pihak bertikai yang dipengerusikan oleh Pegawai Sulh dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam menyelesaikan suatu pertikaian secara damai tanpa perlu melalui proses perbicaraan di

dalam Mahkamah.

 

ASAS PELAKSANAAN SULH

  • Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya” (Surah Al-Hujrat:9)
  • Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)” (Surah Al-Nisa’:128)

  •  Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Perdamaian (Sulh) itu diharuskan (dalam urusan) di antara kaum Muslimim, kecuali Sulh dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram”.(Riwayat Ibn Hibban)

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

  •  Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kedah) 2014

  • Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) (Negeri Kedah) 2018

  • Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kedah) 2008

 

KES-KES YANG BOLEH DIRUJUK KE MAJLIS SULH

  • Tuntutan Gantirugi Pertunangan

  • Tuntutan Muta'ah
  • Tuntutan Harta Sepencarian

  • Tuntutan Nafkah Isteri

  • Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tidak Upaya

  • Tuntutan Nafkah Eddah

  • Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Anak/Isteri/Lain-lain

  • Tuntutan Tunggakan anak/isteri/lain-lain

  • Tuntutan Nafkah Anak

  • Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak

  • Tuntutan Hadhanah

  • Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak

  • Tuntutan Gantirugi Perkahwinan/Hutang Perkahwinan

  • Tuntutan Hak Tempat Tinggal

  • Perintah Supaya Hidup Bersama Semula

  • Tuntutan Isteri Kembali Taat

  • Tuntutan Mas Kahwin

  • Permohonan Cerai

KELEBIHAN MAJLIS SULH

  •  Proses Sulh lebih ringkas dan prosedur Sulh lebih mudah berbanding perbicaraan 

  • Isu perbincangan adalah fokus kepada kepentingan masa depan pihak-pihak dan bukannya perkara yang telah berlaku serta menyalahkan pihak yang lain

  • Perundingan dijalankan atas kehendak bersama dan secara sukarela

  • Maklumat yang dibincangkan adalah rahsia dan tidak didedahkan kepada umum

  • Keputusan dicapai secara persetujuan bersama dan mewujudkan situasi menang-menang

  • Menjimatkan masa dan kos pihak- pihak

  • Membantu pihak- pihak mengekalkan hubungan yang harmoni

 

PERANAN PEGAWAI SULH

  •  Sebagai perantara dan pemudahcara rundingan

  • Menggalakkan pihak-pihak untuk fokus kepada penyelesaian dan perancangan masa depan

  • Membantu pihak-pihak mengenalpasti isu dan mendapatkan penyelesaian terbaik

  • Memberi hak sama rata dari segi masa dan peluang bersuara

  • Menjaga kerahsiaan pihak-pihak

  • Menjadi pendengar yang responsif dan tidak menghakimi pihak-pihak

  • Menghormati dan meraikan keputusan pihak-pihak

Di manakah Majlis Sulh berlangsung?

  •  Majlis Sulh berlangsung di dalam bilik khas yang tertutup iaitu bilik Majlis Sulh, bukannya di dalam Mahkamah terbuka atau Kamar Hakim Syarie.

 Berapa lamakah masa yang diambil bagi satu sesi Majlis Sulh?

  • Majlis Sulh akan mengambil masa antara 60 minit sehingga 90 minit. Majlis Sulh boleh diselesaikan pada hari yang sama dan kurang daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya persetujuan telah dicapai pada pertemuan Majlis Sulh yang pertama. Beberapa sesi Majlis Sulh boleh dijalankan tidak lebih daripada 90 hari. Mana- mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh sekiranya melebihi 90 hari sehingga kes selesai. Majlis Sulh juga akan ditamatkan sekiranya Pegawai Sulh berpuas hati bahawa tiada jalan penyelesaian di antara pihak- pihak.

Apakah peraturan yang perlu dipatuhi semasa Majlis Sulh berlangsung?

  • Semua pihak hendaklah bercakap mengikut giliran

  • Apabila suatu pihak bercakap, pihak lain hendaklah mendengar dan memberi perhatian

  • Apabila bercakap hendaklah dalam keadaan tenang dan tidak meninggikan suara

  • Pihak-pihak hendaklah bercakap dan bertindak secara sopan dan tidak menyerang peribadi pihak satu lagi

  • Pihak-pihak tidak boleh berkomunikasi secara langsung antara mereka kecuali dengan kebenaran Pegawai Sulh

 

Apakah yang berlaku apabila persetujuan telah dicapai di dalam Majlis Sulh?

  • Adalah penting untuk difahami bahawa Pegawai Sulh tidak membuat keputusan bagi pihak-pihak. Anda dan pihak satu lagi yang menentukan keputusan akhir.

  • Apabila persetujuan telah dicapai di dalam Majlis Sulh, Pegawai Sulh akan menyediakan Perjanjian Penyelesaian. Anda dan pihak satu lagi akan diminta untuk menandatangani Perjanjian Penyelesaian tersebut. Kemudian terma-terma di dalam Perjanjian Penyelesaian tersebut akan direkodkan di hadapan Hakim Syarie sebagai Penghakiman Persetujuan. Setelah Penghakiman Persetujuan dikeluarkan, ia akan mengikat pihak-pihak untuk mematuhinya.

  • Namun, bagi kes yang melibatkan nafkah anak dan hadhanah, anda boleh memohon kepada mahkamah untuk mengubah perintah sekiranya berlakunya perubahan keadaan pada masa hadapan.

 

Adakah saya memerlukan Peguam Syarie ketika menghadiri Majlis Sulh?

Secara asasnya Majlis Sulh diadakan dengan kehadiran Pegawai Sulh dan pihak- pihak yang bertikai tanpa kehadiran pihak lain. Walaubagaimanapun, pihak-pihak lain seperti Peguam Syarie atau mana- mana pihak yang berkaitan boleh hadir bersama dengan kebenaran Pegawai Sulh.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Hakcipta © 2022, Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Rabu, 24 Julai 2024
Ezyweb Content Management System
X