W3C
Saiz Font
Bahasa
  • Google Map
  • QR Code
Selamat Datang, [#Name]
Header3

Unit SULH

DEFINISI SULH

Penyelesaian secara Sulh ini amat digalakkan sebagaimana Saidina Umar al-Khattab R.A. pernah berkata  :

ردّوا الخصوم حتى يصطلحوا، فإن فصل القضاء يورث الضغائن

yang bermaksud : “Suruhlah mereka yang bertelingkah supaya duduk semeja agar mereka berunding. Jika hakim memutuskannya, mereka akan saling benci-membenci.”

Dari segi bahasa Sulh bermaksud“Perdamaian”. Manakala secara teknikalnya Sulh adalah sesuatu perjanjian yang menamatkan sesuatu pertikaian.

Sulh merupakan proses penyelesaian secara perundingan di Mahkamah Syariah. Pihak- pihak yang bertikai terhadap satu atau beberapa tuntutan akan dipanggil dan dipertemukan di dalam perundingan terpimpin secara rasmi yang disebut sebagai Majlis Sulh.

Majlis Sulh ialah sesi perundingan terpimpin di antara dua pihak bertikai yang dipengerusikan oleh Pegawai Sulh dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam menyelesaikan suatu pertikaian secara damai tanpa perlu melalui proses perbicaraan di

dalam Mahkamah.

 

ASAS PELAKSANAAN SULH

  • Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya” (Surah Al-Hujrat:9)
  • Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)” (Surah Al-Nisa’:128)

  •  Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Perdamaian (Sulh) itu diharuskan (dalam urusan) di antara kaum Muslimim, kecuali Sulh dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram”.(Riwayat Ibn Hibban)

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

  •  Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kedah) 2014

  • Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) (Negeri Kedah) 2018

  • Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kedah) 2008

 

KES-KES YANG BOLEH DIRUJUK KE MAJLIS SULH

  • Tuntutan Gantirugi Pertunangan

  • Tuntutan Muta'ah
  • Tuntutan Harta Sepencarian

  • Tuntutan Nafkah Isteri

  • Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tidak Upaya

  • Tuntutan Nafkah Eddah

  • Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Anak/Isteri/Lain-lain

  • Tuntutan Tunggakan anak/isteri/lain-lain

  • Tuntutan Nafkah Anak

  • Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak

  • Tuntutan Hadhanah

  • Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak

  • Tuntutan Gantirugi Perkahwinan/Hutang Perkahwinan

  • Tuntutan Hak Tempat Tinggal

  • Perintah Supaya Hidup Bersama Semula

  • Tuntutan Isteri Kembali Taat

  • Tuntutan Mas Kahwin

  • Permohonan Cerai

KELEBIHAN MAJLIS SULH

  •  Proses Sulh lebih ringkas dan prosedur Sulh lebih mudah berbanding perbicaraan 

  • Isu perbincangan adalah fokus kepada kepentingan masa depan pihak-pihak dan bukannya perkara yang telah berlaku serta menyalahkan pihak yang lain

  • Perundingan dijalankan atas kehendak bersama dan secara sukarela

  • Maklumat yang dibincangkan adalah rahsia dan tidak didedahkan kepada umum

  • Keputusan dicapai secara persetujuan bersama dan mewujudkan situasi menang-menang

  • Menjimatkan masa dan kos pihak- pihak

  • Membantu pihak- pihak mengekalkan hubungan yang harmoni

 

PERANAN PEGAWAI SULH

  •  Sebagai perantara dan pemudahcara rundingan

  • Menggalakkan pihak-pihak untuk fokus kepada penyelesaian dan perancangan masa depan

  • Membantu pihak-pihak mengenalpasti isu dan mendapatkan penyelesaian terbaik

  • Memberi hak sama rata dari segi masa dan peluang bersuara

  • Menjaga kerahsiaan pihak-pihak

  • Menjadi pendengar yang responsif dan tidak menghakimi pihak-pihak

  • Menghormati dan meraikan keputusan pihak-pihak

 

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu'Adzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-700 1980 Fax: 04-700 1989
Email: syariah[dot]negeri[at]kedah[dot]gov[dot]my

Hakcipta © 2022, Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Kemaskini Terakhir: Khamis, 6 Oktober 2022
Ezyweb Content Management System
X