Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat melayari laman web rasmi Mahkamah Syariah Negeri Kedah.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan pelancaran laman web ini maka Mahkamah Syariah Negeri Kedah telah bersama-sama memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan era globalisasi masa kini.
Penubuhan laman web ini menjadi satu alternatif kepada penyebaran maklumat yang tepat , cepat dan berkesan dalam menjelaskan fungsi jabatan ini sebagai salah sebuah institusi kehakiman syariah di Malaysia di samping perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat.
Mudah-mudahan, laman web ini dapat dijadikan saluran interaksi dan juga medium untuk masyarakat mendapatkan maklumat awal berkenaan jabatan ini.
Akhir kata, saya mengalu-alukan pandangan dan teguran membina daripada semua pihak dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan laman web Mahkamah Syariah Negeri Kedah.Sekian. Terima Kasih.
Y.A.A Dato' Syeikh Hj. Abd Rahman Bin Hj. Abdullah., D.P.M.K., A.M.K., B.C.K.
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Kedah Darul Aman.