Soalan 1 : Apakah punca kelewatan kes di Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman?
Jawapan :
Soalan 2 : Berapa lama proses panggilan untuk sebutan setelah kes didaftarkan ?
Jawapan : Pada kelazimannya tarikh sebutan akan diberikan serta-merta selepas pendaftaran kes disempurnakan dan tarikh sebutan akan ditentukan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas kes didaftarkan.
Soalan 3 : Bila surat penghakiman atau perintah dikeluarkan setelah kes selesai ?
Jawapan : Surat penghakiman atau perintah akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu selepas kes selesai. Perintah mahkamah akan dikeluarkan apabila permohonan mengeluarkan perintah dibuat beserta bayaran RM4.00. Adalah dinasihatkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesuatu perintah Mahkamah memohon perintah dikeluarkan segera (selepas kes selesai), jangan tunggu sampai salah satu pihak engkar perintah baru hendak memohon. Penghakiman atau Perintah bertulis Mahkamah amat penting bagi permohonan penguatkuasaan perintah. Perintah akan difailkan oleh Peguam Syarie jika pihak-pihak diwakili Peguam Syarie.
Soalan 4 : Bila surat cerai akan dikeluarkan ?
Jawapan : Pengeluaran surat cerai adalah dalam bidangkuasa Pejabat Agama Islam Daerah. Mahkamah hanya mengeluarkan surat kebenaran pendaftaran perceraian.
Soalan 5 : Mengapa terdapat kes-kes jenayah syariah tidak dapat dibicarakan atau dibuang kes ?
Jawapan : Ini terjadi boleh jadi disebabkan fakta kes tidak jelas atau Pendakwa gagal membuktikan kes secara “prima facie” terhadap Tertuduh atas sesuatu tuduhan.
Soalan 6 : Kenapa mahkamah tidak membayar nafkah saya sedangkan saya sudah dapat perintah ?
Jawapan : Mahkamah hanya berkuasa mengeluarkan perintah kepada suami untuk membayar perintah nafkah dan sebagainya. Bayaran itu akan dibuat oleh pihak suami bukan mahkamah. Tetapi sekiranya pihak suami tidak membayar seperti yang diperintahkan, si isteri atau anak yang berkepentingan dengan nafkah tersebut boleh memohon penguatkuasaan perintah di mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan perintah penguatkuasaan dalam bentuk samada memerintahkan bayaran secara potongan gaji atau dipenjarakan seperti mana yang dipohon oleh puan.
Soalan 7 : Kenapa saya tidak dibenarkan berjumpa dan mengadu dengan Hakim ?
Jawapan : Anda tidak akan dibenarkan berjumpa dan mengadu kepada Hakim bagi mengelakkan ketidakadilan (berat sebelah). Masa untuk berjumpa Hakim ialah apabila kes anda disebut / dibicarakan di dewan mahkamah atau semasa mahkamah bersidang. Sekiranya anda ada urusan berkaitan dengan perbicaraan atau kes bolehlah berjumpa dengan pihak Pembantu Pendaftar atau Penolong Pendaftar di Mahkamah Rendah Syariah dan Pembantu Pendaftar atau Pendaftar di Mahkamah Tinggi Syariah.
Ahad-Rabu
8.00a.m-5.00p.m
Khamis
8.00a.m-3.30p.m
Rehat
1.00p.m-2.00p.m