Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

Mahkamah Tinggi

Latar Belakang

Mahkamah Tinggi Syariah ini terletak di Kompleks Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah. Mahkamah Tinggi ini di bawah Kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Man dan ia merupakan pusat pentadbiran kehakiman syariah yang mempunyai bidang kuasa bagi seluruh Negeri Kedah dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Objektif

“Menyedia dan melaksanakan pengurusan pengadilan kes-kes Syariah berdasarkan Hukum Syrak dan Undang-undang dengan cekap dan berkesan”

Fungsi

  1. Menguruskan permohonan pendaftaran dan perbicaraan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
        seperti kes Mal, Kes Jenayah dan Faraid bagi seluruh Negeri Kedah
  2. Menguruskan perintah-perintah Mahkamah
  3. Menguruskan pengeluaran sijil perakuan Faraid