
Pada 7 Ogos 2025, telah berlangsung perlawanan persahabatan antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) dan Institut Pendidikan Guru Darul Aman (IPDA) di IPG Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah. Pertandingan melibatkan sukan bola sepak, bola baling, badminton, bola tampar dan petanque ini diadakan sebagai persediaan menghadapi Sukan MUM’S di UPSI. YAA Dato’ Syeikh Hj Abd Rahman bin Hj Abdullah turut hadir memberi sokongan, semangat, dan amanat kepada para atlet serta pengurus pasukan yang terlibat.