Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

Bahagian / Unit

in progress..
Bahagian ini terletak di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran jabatan ini.

OBJEKTIF

  1. Memberi khidmat sokongan yang berkesan kepada bahagian-bahagian lain untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

  2. Melahirkan sistem pengurusan pentadbiran dan kewangan yang bersih, cekap dan produktif.

  3. Melahirkan kepimpinan pengurusan yang bersesuaian mengikut kehendak Islam.



FUNGSI

  1. Pengurusan dan penyelarasan perjalanan pentadbiran am pejabat seperti penggunaan ruang pejabat, pengurusan fail, surat menyurat, pengangkutan, setor dan kenderaan.

  2. Pengurusan kewangan dan akaun seperti penyediaan anggaran bajet tahunan, gaji, elaun-elaun, pembelian barang- barang dan perkhidmatan, dan tuntutan-tuntutan pembayaran.

  3. Pengurusan sumber tenaga manusia termasuk mengenai perjawatan, perkhidmatan personal, latihan dan kursus, disiplin dan tatatertib.

In progress..

Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia (Unit Kewangan)

Bahagian ini terletak di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.



OBJEKTIF

  1. Memastikan Bajet Mengurus JKSNK disediakan dan diuruskan mengikut keperluan dan keutamaan

  2. Memastikan Pengurusan Kewangan JKSNK dikendalikan mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan bagi mencapai Zero Financial Mismanagement

  3. Memastikan semua Prosesan Bayaran dan Kemudahan Kewangan dikendalikan secara teratur, cepat dan telus

  4. Memastikan Pengurusan Aset dan Stor dikendalikan dengan cekap, berkesan dan best value for money

Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia (Unit Pentadbiran Am & Data Personal)

Bahagian ini terletak di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Ia adalah merupakan sebagai pusat pentadbiran jabatan ini.



FUNGSI

  1. Bertanggungjawab ke atas pengurusan dokumen dan surat-menyurat jabatan

  2. Menguruskan keselamatan dan keceriaan jabatan

  3. Menguruskan aset dan stor jabatan

  4. Mengurus dan menyelaras majlis rasmi/lawatan rasmi jabatan

  5. Menguruskan penerbitan bahan terbitan jabatan

Bahagian ini terletak di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.



OBJEKTIF

  1. Menguruskan latihan dan kursus bagi semua kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK).

  2. Memastikan semua kakitangan JKSNK mencapai jumlah latihan 7 hari setahun.

  3. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan mengenai pengurusan latihan jabatan.

  4. Menyediakan latihan dan kursus pada semua kakitangan mengikut jawatan dan kesesuaian kakitangan.

  5. Kearah mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan dan sekaligus memantapkan lagi pengetahuan kakitangan pada tugas.

In progress..
In progress..
Unit ini terletak di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

OBJEKTIF

  1. Menjadikan sumber rujukan utama bagi maklumat JKSNK;

  2. Merekabentuk sistem aplikasi yang dapat membantu pihak pengurusan membuat keputusan dengan tepat dan berkesan;

  3. Menyediakan infrastruktur ICT mengikut keperluan dan perkembangan semasa;

  4. Menjadi perintis dan model utama dalam penggunaan teknologi maklumat terkini dan menepati ciri-ciri piawaian antarabangsa;

  5. Membentuk personel IT yang mahir dan berdaya saing.



FUNGSI

  1. Merancang pelan pengkomputeran JKSNK.

  2. Merancang, membangun, melaksana dan menyenggara sistem-sistem aplikasi JKSNK.

  3. Mengurus prasarana ICT JKSNK.

  4. Mengurus maklumat pangkalan data JKSNK.

  5. Mengurus pelaksanaan pembudayaan ICT JKSNK.

  6. Mendedahkan JKSNK kepada teknologi terbaru ICT.

Bahagian ini terletak di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman.

OBJEKTIF

  1. Menguruskan proses penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan penjilidan rekod pengurusan kes mengikut prosedur yang ditetapkan bagi kegunaan perkhidmatan pendengaran kes, penyelidikan dan pengurusan.

  2. Menguruskan rekod-rekod dalam kumpulan nilai utama (primary value) kerana ia penting kepada JKSNK selaku agensi pewujud untuk kegunaan urusan pentadbiran, perundangan dan kewangan JKSNK.

  3. Untuk memberikan perkhidmatan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran yang cekap dan efisyen yang mengandungi maklumat penting asal usul jabatan, organisasi, fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh JKSNK, di mana menarik minat penyelidik yang ingin mengetahui sumbangan JKSNK dalam sejarah sosio ekonomi Negara.

  4. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang sistematik dan berkesan.

  5. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada warga kerja JKSNK, para penyelidik dan orang awam.

  6. Kearah mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan terhadap sejarah JKSNK, sekaligus memantapkan lagi semangat patriotik kepada Malaysia.

DEFINISI SULH

Penyelesaian secara Sulh ini amat digalakkan sebagaimana Saidina Umar al-Khattab R.A. pernah berkata  :

yang bermaksud : “Suruhlah mereka yang bertelingkah supaya duduk semeja agar mereka berunding. Jika hakim memutuskannya, mereka akan saling benci-membenci.”

Dari segi bahasa Sulh bermaksud“Perdamaian”. Manakala secara teknikalnya Sulh adalah sesuatu perjanjian yang menamatkan sesuatu pertikaian.

Sulh merupakan proses penyelesaian secara perundingan di Mahkamah Syariah. Pihak- pihak yang bertikai terhadap satu atau beberapa tuntutan akan dipanggil dan dipertemukan di dalam perundingan terpimpin secara rasmi yang disebut sebagai Majlis Sulh.

Majlis Sulh ialah sesi perundingan terpimpin di antara dua pihak bertikai yang dipengerusikan oleh Pegawai Sulh dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam menyelesaikan suatu pertikaian secara damai tanpa perlu melalui proses perbicaraan di dalam Mahkamah.

ASAS PELAKSANAAN SULH

  1. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya” (Surah Al-Hujrat:9)
  2. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)” (Surah Al-Nisa’:128)
  3. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Perdamaian (Sulh) itu diharuskan (dalam urusan) di antara kaum Muslimim, kecuali Sulh dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram”.(Riwayat Ibn Hibban)

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

  1.  Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kedah) 2014
  2. Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) (Negeri Kedah) 2018
  3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kedah) 2008

KES-KES YANG BOLEH DIRUJUK KE MAJLIS SULH

  1. Tuntutan Gantirugi Pertunangan
  2. Tuntutan Muta’ah
  3. Tuntutan Harta Sepencarian
  4. Tuntutan Nafkah Isteri
  5. Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tidak Upaya
  6. Tuntutan Nafkah Eddah
  7. Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Anak/Isteri/Lain-lain
  8. Tuntutan Tunggakan anak/isteri/lain-lain
  9. Tuntutan Nafkah Anak
  10. Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak
  11. Tuntutan Hadhanah
  12. Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
  13. Tuntutan Gantirugi Perkahwinan/Hutang Perkahwinan
  14. Tuntutan Hak Tempat Tinggal
  15. Perintah Supaya Hidup Bersama Semula
  16. Tuntutan Isteri Kembali Taat
  17. Tuntutan Mas Kahwin
  18. Permohonan Cerai

KELEBIHAN MAJLIS SULH

  1.  Proses Sulh lebih ringkas dan prosedur Sulh lebih mudah berbanding perbicaraan 
  2. Isu perbincangan adalah fokus kepada kepentingan masa depan pihak-pihak dan bukannya perkara yang telah berlaku serta menyalahkan pihak yang lain
  3. Perundingan dijalankan atas kehendak bersama dan secara sukarela
  4. Maklumat yang dibincangkan adalah rahsia dan tidak didedahkan kepada umum
  5. Keputusan dicapai secara persetujuan bersama dan mewujudkan situasi menang-menang
  6. Menjimatkan masa dan kos pihak- pihak
  7. Membantu pihak- pihak mengekalkan hubungan yang harmoni

PERANAN PEGAWAI SULH

  1.  Sebagai perantara dan pemudahcara rundingan
  2. Menggalakkan pihak-pihak untuk fokus kepada penyelesaian dan perancangan masa depan
  3. Membantu pihak-pihak mengenalpasti isu dan mendapatkan penyelesaian terbaik
  4. Memberi hak sama rata dari segi masa dan peluang bersuara
  5. Menjaga kerahsiaan pihak-pihak
  6. Menjadi pendengar yang responsif dan tidak menghakimi pihak-pihak
  7. Menghormati dan meraikan keputusan pihak-pihak

Di manakah Majlis Sulh berlangsung?

Majlis Sulh berlangsung di dalam bilik khas yang tertutup iaitu bilik Majlis Sulh, bukannya di dalam Mahkamah terbuka atau Kamar Hakim Syarie.

 Berapa lamakah masa yang diambil bagi satu sesi Majlis Sulh?

Majlis Sulh akan mengambil masa antara 60 minit sehingga 90 minit. Majlis Sulh boleh diselesaikan pada hari yang sama dan kurang daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya persetujuan telah dicapai pada pertemuan Majlis Sulh yang pertama. Beberapa sesi Majlis Sulh boleh dijalankan tidak lebih daripada 90 hari. Mana- mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh sekiranya melebihi 90 hari sehingga kes selesai. Majlis Sulh juga akan ditamatkan sekiranya Pegawai Sulh berpuas hati bahawa tiada jalan penyelesaian di antara pihak- pihak.

Apakah peraturan yang perlu dipatuhi semasa Majlis Sulh berlangsung?

  1. Semua pihak hendaklah bercakap mengikut giliran
  2. Apabila suatu pihak bercakap, pihak lain hendaklah mendengar dan memberi perhatian
  3. Apabila bercakap hendaklah dalam keadaan tenang dan tidak meninggikan suara
  4. Pihak-pihak hendaklah bercakap dan bertindak secara sopan dan tidak menyerang peribadi pihak satu lagi
  5. Pihak-pihak tidak boleh berkomunikasi secara langsung antara mereka kecuali dengan kebenaran Pegawai Sulh

Apakah yang berlaku apabila persetujuan telah dicapai di dalam Majlis Sulh?

  1. Adalah penting untuk difahami bahawa Pegawai Sulh tidak membuat keputusan bagi pihak-pihak. Anda dan pihak satu lagi yang menentukan keputusan akhir.
  2. Apabila persetujuan telah dicapai di dalam Majlis Sulh, Pegawai Sulh akan menyediakan Perjanjian Penyelesaian. Anda dan pihak satu lagi akan diminta untuk menandatangani Perjanjian Penyelesaian tersebut. Kemudian terma-terma di dalam Perjanjian Penyelesaian tersebut akan direkodkan di hadapan Hakim Syarie sebagai Penghakiman Persetujuan. Setelah Penghakiman Persetujuan dikeluarkan, ia akan mengikat pihak-pihak untuk mematuhinya.
  3. Namun, bagi kes yang melibatkan nafkah anak dan hadhanah, anda boleh memohon kepada mahkamah untuk mengubah perintah sekiranya berlakunya perubahan keadaan pada masa hadapan.

Adakah saya memerlukan Peguam Syarie ketika menghadiri Majlis Sulh?

Secara asasnya Majlis Sulh diadakan dengan kehadiran Pegawai Sulh dan pihak- pihak yang bertikai tanpa kehadiran pihak lain. Walaubagaimanapun, pihak-pihak lain seperti Peguam Syarie atau mana- mana pihak yang berkaitan boleh hadir bersama dengan kebenaran Pegawai Sulh.

Pengenalan BSK

Isu Mahkamah Syariah dan orang Islam bukan satu perkara baru. Dari isu kes-kes kekeluargaan tertangguh dan kelewatan mahkamah menyelesai kes perceraian sehinggalah kepada kes tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak, sehinggalah kepada hal poligami, mutaah dan harta sepencarian, semua isu ini menjadi tajuk menarik akhbar dan penulisan.

Dari pelbagai kritikan dan pandangan ini Mahkamah Syariah amnya dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia khasnya telah berusaha mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu ini. Isu perintah nafkah dari Mahkamah Syariah yang tidak terlaksana atau tidak dihormati telah menarik perhatian pemimpin negara.

Dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke 47 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 7 Jun 2007, Perdana Menteri memutuskan supaya JKSM mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu nafkah isteri dan anak. Berasaskan kepada keputusan tersebut, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai salah satu Bahagian di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). 

 

Penubuhan dan Pelancaran BSK JKSM

BSK JKSM ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2008 oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM, Aras 3, Blok D7, Putrajaya. Dalam majlis pelancarannya, BSK telah menerima penyumbang dana kewangan yang pertama sebanyak RM 500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

 

Matlamat BSK :

  • Mengurus tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah Mahkamah Syariah yang berkesan dan efisyen.
  • Menambah baik sistem pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri-negeri

 

Fungsi BSK :

    • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;
    • Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
    • Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;
    • Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
    • Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;
    • Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi. 

 

Objektif BSK :

    • Menguatkuasakan semua perintah nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah;
    • Memastikan tiada isteri dan atau anak yang menghadapi masalah tuntutan nafkah;
    • Memastikan perintah Mahkamah Syariah dihormati dan dilaksanakan;
    • Memberikan khidmat sokongan kepada keluarga Islam dalam semua hal yang melibatkan Mahkamah Syariah;

 

Visi
“Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pengwujudan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif”


Misi

“BSK komited untuk bertindak sebagai agensi utama dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang rakyatnya mengutamakan sistem kekeluargaan berlandaskan ajaran Islam, berperibadi mulia hasil daripada keluarga yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni”