Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

IFTAR JAMAEI JKSNK

Majlis Iftar Jamaei sempena bulan Ramadan telah diadakan pada 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447H dengan penuh kemeriahan dan suasana ukhwah. Majlis ini turut diserikan dengan selingan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Baharuddin bin Che Nen, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Muda, yang memberikan pengisian rohani serta peringatan bermakna kepada semua hadirin.

Majlis ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan JKSNK sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan di samping menghayati keberkatan bulan Ramadan. Pelbagai juadah menarik telah disediakan seperti nasi daging utara, mee kari, murtabak, bihun goreng, bubur lambuk, kuih-muih serta buah-buahan bagi memeriahkan lagi suasana berbuka puasa.

Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk memupuk semangat kebersamaan, memperkukuhkan ukhuwah sesama warga jabatan, serta meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni dan keagamaan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Tags :