MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Alor Setar, 18 Mac 2026 – Pejabat Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran yang berlangsung di ruang legar Pejabat Ketua Pendaftar dalam suasana penuh khusyuk dan keberkatan.
Majlis ini diketuai oleh Tuan Amiruddin Putera selaku khalifah dan disertai oleh kakitangan Unit ICT, Unit Rekod serta Bahagian Khidmat Sokongan dan Pentadbiran. Penyertaan aktif daripada warga kerja mencerminkan komitmen tinggi dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan warga JKSNK, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh nilai-nilai murni dan integriti dalam perkhidmatan. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan penghayatan terhadap ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja.