Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

Maklumat Korporat

Latar Belakang

Pada mulanya, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman terletak di bahagian belakang masjid negeri iaitu Masjid Zahir.

Pada bulan Jun 2009, jabatan ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Bandar Mua’dzam Shah.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JKSK) ditubuhkan berdasarkan Seksyen 3 (1)(2)(3) Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 1993. Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1996. Sejak ditubuhkan hingga 31 Disember 1996 Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JAIK).

Mulai 1 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan dan telah diasingkan daripada pengurusan JAIK dan mempunyai pentadbirannya sendiri, di mana Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman diketuai oleh seorang Ketua Hakim Syarie. Perjawatan yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk Jabatan ini semasa ditadbirkan bersama JAIK adalah sebanyak 23 jawatan. Perbendaharaan Malaysia selanjutnya meluluskan tambahan perjawatan sebanyak 29 jawatan mengikut waran perjawatan bilangan 2/96 yang berkuatkuasa 1 Oktober 1995 kemudian ditambah lagi sebanyak 20 jawatan mengikut waran perjawatan bilangan 18 tahun 2000 berkuatkuasa 1 Mei 2000. Pada 13 Jun 2003 sebanyak 49 jawatan tambahan telah diluluskan menurut waran perjawatan bilangan 7 tahun 2003 berkuatkuasa 1 November 2002.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutuskan kes-kes di semua peringkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di dalam pengurusan kes Mal, Jenayah dan Faraid.

Mantan Ketua Hakim Syarie

Objektif

“Menyedia dan melaksanakan pengurusan pengadilan kes-kes Syariah berdasarkan Hukum Syrak dan Undang-undang dengan cekap dan berkesan”

Fungsi

  1. Menguruskan permohonan pendaftaran dan perbicaraan Kes mal, Kes Jenayah dan Faraid.
  2. Menguruskan perintah-perintah mahkamah.
  3. Menguruskan pengeluaran perakuan Faraid

Carta Organisasi

Piagam Pelanggan

Menetapkan tarikh sebutan/bicara kepada pelanggan pada hari pendaftaran kes
0%
Menyebut / membicarakan sesuatu kes Mal, Jenayah dan Faraid dalam masa 21 hari bekerja selepas didaftarkan
0%
Mengeluarkan Perakuan Faraid dalam masa 7 hari selepas dibuat pembahagian hak waris
0%
Menyebut / membicarakan dalam setahun sekurang-kurangnya 80% daripada kes Mal, Jenayah dan Faraid yang telah didaftarkan
0%
Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan itu diterima
0%
Mendengar rayuan kali pertama dalam masa 30 hari selepas rekod rayuan diterima daripada mahkamah yang keputusannya dirayu
0%

Prestasi Piagam Pelanggan

Pencapaian Jabatan

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Merangkap Ketua Pegawai Digital (CDO) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

TUAN SYEIKH AMIRUDIN PUTERA B. ZAINOL ABIDIN, BCK.

KETUA PENDAFTAR, LS52