Kursus Hakam Masterclass
Pada 23 April 2026 yang lalu, telah berlangsung Kursus Hakam Masterclass bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Aras 3, JKSNK. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Mohamad Soleh bin Salim, yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan pengurusan kes syariah.
Kursus ini telah disertai oleh Pegawai Syariah JKSNK bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran berkaitan pelaksanaan serta pengendalian proses Hakam dalam kes-kes kekeluargaan Islam selaras dengan peruntukan undang-undang dan prosedur syariah semasa.
Antara tujuan dan objektif utama kursus ini adalah untuk:
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta turut didedahkan dengan perkongsian pengalaman, perbincangan kes serta aplikasi praktikal berkaitan pengendalian Hakam dalam situasi sebenar. Kursus ini diharap dapat memperkukuhkan kompetensi Pegawai Syariah dalam menyampaikan perkhidmatan kehakiman syariah yang lebih berkualiti dan efektif kepada masyarakat.





