Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

GOTONG ROYONG AGIHAN DAGING DAN TULANG KERBAU PEMBERIAN YAB MENTERI BESAR KEDAH

Bagi mengeratkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga kerja, satu Program Gotong-Royong Besiang Daging dan Tulang Kerbau pemberian YAB Menteri Besar Kedah telah diadakan pada 26 Mei 2026 bertempat di kawasan parkir berbumbung HQ.

Program yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi ini mendapat penglibatan dan sokongan daripada warga kerja pelbagai bahagian yang hadir bersama-sama menjayakan aktiviti secara bergotong-royong dalam suasana harmoni dan muhibah.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja mencerminkan nilai kebersamaan dan budaya kerja berpasukan, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga organisasi.

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini dengan lancar dan teratur.

Tags :