ALOR SETAR, 3 Julai 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) menyertai Festival Al-Quran 2.0 yang berlangsung pada 3 hingga 4 Julai 2026, anjuran Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah.
Penyertaan JKSNK melalui gerai pameran memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat mengenai fungsi, peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan, di samping berinteraksi secara langsung dengan para pegawai yang bertugas.
Festival ini turut menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pempamer serta dimeriahkan dengan gerai jualan,dan pelbagai aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga.




















