Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

YAA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH DILANTIK SEBAGAI PROFESOR ADJUNG

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada *YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Hj. Abd Rahman bin Hj. Abdullah, DPMK., AMK., BCK. atas pelantikan sebagai Profesor Adjung (Bidang Pengajian Islam) Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berkuatkuasa 4 Ogos 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, pengalaman dan sumbangan besar Yang Amat Arif dalam bidang kehakiman syariah, perundangan Islam serta pembangunan institusi kehakiman. Ia turut mencerminkan komitmen UniSHAMS dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi dan badan kehakiman demi memartabatkan pendidikan, penyelidikan serta perkembangan ilmu syariah dan undang-undang.

Melalui pelantikan ini, diharapkan pengalaman dan kepakaran Yang Amat Arif dapat dimanfaatkan dalam pengajaran, penyelidikan, penerbitan ilmiah, penyeliaan akademik serta perkongsian ilmu kepada warga fakulti dan para pelajar, sekali gus melahirkan graduan yang berpengetahuan, berintegriti dan berdaya saing.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memperkasa bidang syariah dan undang-undang serta mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dan UniSHAMS.

Tags :