Jom Meriahkan Program Sukan JKSNK 2026!
Badan Kebajikan dan Rekreasi JKSNK dengan sukacitanya akan menganjurkan Program Sukan JKSNK 2026 sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga JKSNK.
Program ini akan menampilkan tiga acara sukan yang dipertandingkan, iaitu Karom, Dart dan Pingpong. Pelbagai aksi menarik, semangat kesukanan dan persaingan secara sihat pastinya akan memeriahkan program ini.
Butiran Program
Marilah bersama-sama menyertai dan memeriahkan Program Sukan JKSNK 2026. Semoga program ini menjadi platform untuk mengukuhkan semangat berpasukan, memupuk hubungan yang lebih erat serta menyemarakkan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga JKSNK.
“Bersukan, Eratkan Silaturahim, Kukuhkan Semangat Berpasukan!”






















