
12 NOV 2026 – KHAMIS
Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu (MRSKP) telah mengadakan Mesyuarat Akhir Tahun 2026 bagi membincangkan pencapaian, pelaksanaan serta penilaian terhadap aktiviti dan pengurusan mahkamah sepanjang tahun 2026.
Mesyuarat ini turut menjadi platform untuk meneliti isu-isu berbangkit, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta merancang hala tuju dan strategi pelaksanaan tugas bagi tahun 2027.
Penganjuran mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuh komitmen, kerjasama dan kesepaduan warga kerja MRSKP dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah yang lebih cekap, berkualiti dan berintegriti demi kepentingan masyarakat.