ALOR SETAR, 19 NOVEMBER 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tahun 2026 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) telah diadakan pada hari Khamis, 19 November 2026, jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, JKSNK.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Syeikh Hj. Abd Rahman bin Hj. Abdullah dan dihadiri oleh seramai 21 orang ahli mesyuarat.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan, menyelaras dan memantau hala tuju pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) jabatan agar selaras dengan keperluan semasa serta menyokong usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, sistematik dan berkesan.
Antara objektif utama mesyuarat adalah untuk:
Melalui mesyuarat ini, diharapkan segala perancangan dan keputusan berkaitan pengurusan ICT dapat dilaksanakan secara lebih teratur dan berkesan, sekali gus memperkukuh tadbir urus ICT serta menyokong aspirasi pendigitalan perkhidmatan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.








