19 November 2026 (Khamis) | 2.30 Petang | Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, JKSNK
Tarikh: 19 November 2026 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Pengerusi:
YAA Dato’ Syeikh Haji Abd Rahman bin Haji Abdullah
Kehadiran:
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menjadi platform perbincangan dan penyelarasan berkaitan pengurusan kewangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah, khususnya dalam aspek pemantauan peruntukan, kawalan perbelanjaan, pematuhan kepada peraturan kewangan serta penambahbaikan tatacara pengurusan kewangan jabatan.
Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan memastikan setiap pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan memahami tanggungjawab masing-masing, mengambil tindakan terhadap isu yang dibangkitkan serta memperkukuh amalan tadbir urus kewangan yang cekap, telus, berintegriti dan berakauntabiliti.
Hasil yang diharapkan: Pengurusan kewangan jabatan yang lebih sistematik, berkesan dan mematuhi peraturan kewangan kerajaan demi memastikan penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkualiti.


