
Sesi Libat Urus RKB Bil. 1 Tahun 2026
Sesi Libat Urus RKB Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 11 hingga 12 Februari 2026 bertempat di Dewan Seminar, Aras 4, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK).
Bagi tahun 2026, sebanyak 8 projek RKB telah dikemukakan oleh JKSNK untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan perancangan serta hala tuju projek-projek RKB, mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak berkaitan, serta memastikan setiap projek yang dicadangkan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan menepati keperluan organisasi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan JKSNK.