
Karnival Usahawan di Perkarangan Mahkamah Syariah Anak Bukit
Karnival Usahawan telah berlangsung pada 12 Februari 2026 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang bertempat di Perkarangan Mahkamah Syariah Anak Bukit. Program ini merupakan anjuran Persatuan Pegawai Syariah Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK).
Pelbagai pengisian menarik turut disediakan antaranya pameran agensi kerajaan seperti AADK dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, gerai jualan sayuran dan buah-buahan oleh Jabatan Pertanian, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan daging, serta aktiviti derma darah.
Karnival ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan budaya keusahawanan, membuka peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk, serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja dan komuniti setempat.