Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

LAWATAN DARI IPDA KE JKSNK

LAWATAN AKADEMIK IPDA KE JKSNK PERKUKUH PENDEDAHAN SISTEM PERUNDANGAN SYARIAH

ALOR SETAR, 9 Mac 2026 – Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) telah mengadakan satu lawatan akademik ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) pada jam 9.00 pagi bagi memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai sistem perundangan syariah di Malaysia.

Program dimulakan dengan sesi taklimat yang berlangsung di Aras 3, Bilik Mesyuarat Utama JKSNK. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pendaftar JKSNK, Tuan Amiruddin Putera bin Zainol Abidin, yang berkongsi maklumat berkaitan struktur organisasi, fungsi serta peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran keadilan.

Lawatan ini melibatkan seramai 30 orang pelajar IPDA bersama seorang pensyarah pengiring. Seterusnya, para peserta dibawa melawat Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Kota Setar, Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Pokok Sena serta Mahkamah Tinggi Syariah bagi melihat sendiri operasi mahkamah dan proses pengendalian kes.

Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar diiringi oleh Pegawai Syariah JKSNK iaitu Encik Mohktar dan Encik Badri yang turut memberi penerangan lanjut di setiap lokasi lawatan.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sistem kehakiman syariah, memberi pendedahan praktikal kepada proses perundangan serta memupuk minat dalam bidang perundangan Islam di samping menghubungkan teori pembelajaran dengan situasi sebenar di lapangan.

Program ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan sistem perundangan syariah negara.

Tags :